Monday, August 6, 2012

bertenanglah wahai hati~

wahai insan yang sentiasa ada di dalam jiwa
weyh jangan la kacau tenteram aku, tenang aku,

aku dah fed up!!
aku  malas la nak main tarik tali
aku serabut fikir pasal engkau
aku tak pernah lupa
aku tak mungkin akan ungkit sebab...
aku sayang kau sangat!!!

" kalau cinta itu membawa kamu ke arah kebaikan maka teruskanlah, jika cinta kamu itu membawa kamu ke arah keburukan maka tinggalkanlah "

beza tak rasa sayang dengan rasa cinta??
baru nak terfikir bila dah masuk umur 18
bibir mampu untuk menipu, tapi hati rasa sendiri

feel,frust,fright,fight,FOOL!!

cinta bukan bola~

aku banyak sangat merepek..
tapi aku tahu apa yang aku repekkan
hati aku hanya ada satu nama
A****F
aku akan tunggu sampai kita habis belajar
as the promise.. 

p/s: teruskan berpegang dengan apa yang engkau percaya..jangan biar orang lain jadi penghalang untuk impian sendiri... :)





Friday, July 27, 2012

hatiku runsing, fikiranku kusut

"we are not the followers, we are the leaders"
itu kata2 pengarah yang tak mungkin akan kau lupa!
hati ni pemilihan untuk aku punye secretariat
aku melihat segalanya dihadapan mataku
sahabat-sahabat yang harus aku pimpin seiringan dengan diriku sendiri
mampukah aku?
adakah mungkin segala kesilapan yang lampau akan berulang lagi sekali??
hatiku runsing mengenang nasibku
mampukah aku membawa sahabatku ini?
mampukah aku untuk menjadi contoh ysng terbaik untuk semua??

seseorang pernah mengucapkan takziah kepadaku
atas jawatan yang aku tengah sandang ni
peh!!! dye kata menjadi pemimpin mungin akan menjadi sebab untuk aku mudah
menjejakkan diriku ke heaven
tapi mudah juga untuk aku jatuh ke hell
takutnye~~~~

hai dah la ahli2 mpp yang terbaru ni tak berapa rapat pun lagi
jawatan aku pulak tak tahu lagi mana hala tujuannye
ntah macam mana la gayanye nanti

satu hal lagi
aku ni dah ajdi faamous la pulak
bila jumpa je certain orang nanti akan ada yang jerit
" weyh budak mpp weyh!!! mpp ni sombong la kat aku......."
ya allah... hanya kau yang memahami perasaanku ini
bila orang ramai tengok
bersabarlah ye.. control.. senyum...
"benda kecik je" tu aty aku kate camtu
itu tandanye mereka ambil berat tentang kita... :)


aku dah serabut la...
aku rasa pemimpin tu sangat berharga
macam mutiara
susah nak jumpa yang sempurna.. 

p/s: pemimpin itu menjadi contoh dari semua aspek so...
jadilah pemimpin yang terbaik bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri dahulu.... betul tak??

Wednesday, July 25, 2012

ramadhan~ mula cabaran...

alhamdulillah.. telah datang bulan ramadhan
nilah bulan untuk kita tambahkan amalan
semoga ganjaran yang kita peroleh memberi kebaikan kepada kita..

mula cabaran~
telah brmula satu tugas yang harus aku pikul
gelaran yang perlu aku sandang selama 2 semester
M.P.P.
berjaya menjadi mpp tanpa bertanding
gila bosan!!!! kolej ape ni??? pelik dowh.
lantak pi la
sekarang ni aku perlu pegang amanah yang diberikan dengan betul..
1 ramadhan rasmilah aku jadi mpp..
ex-bwp sekarang jadi mpp
manalah sama maktab dengan kolej

semoga segalanya berjalan dengan lancar
lancar~

p/s : bulan ramadhan ni bulan penuh rahmat kejarlah ia dengan hati yang terbuka kerana mungkin ini adalah ramadhan kita yang terakhir.. selamat beramal!! :)

Saturday, July 14, 2012

DILEMA LA PULAK~

1 new message
" assalammualaikum,congratulation you are nominated to be one of the next mpp of  kolej.... etc."
alamak!!
besar tanggungjawab kena pikul ni
jadi mpp bukan kena main2
kena serius..
poning kepalo den ni
next tuesday dah kena bentang manifesto
nak cakap ape ye?
menang or kalah tu lain cerita la
yang penting aku kena la berusaha sehabis baik kan?
wah cuaknye~

takpe la yang paling penting kena la yakin dengan diri sendiri
SAYA BOLEH!!
insyaallah semuanye akan berjalan dengan lancar.. :)

p/s: pimpinlah diri anda sebelum anda memimpin orang lain.. insyaallah~

Friday, July 13, 2012

sahabat!!

aku sayang sangat dengan sahabat aku
memang senang nak cari kawan tapi bukan sahabat
memang best bila ada sahabat yang sekepala dengan kita
dia sentiasa ada bila kita happy, sedih..
setiap situasi dia sentiasa ada dengan kita
aku rindu detik untuk bersama dengan sahabat aku
sahabat ada expired date tak???

cerita 1#
masa aku belajar kat mrsm dulu
aku duduk dengan dua orang insan
namanya nadz and faezah
aku sayang dengan diorang. sangat!!
nadz ni jenis yang unpredictable..
faezah pulak jenis yang tak kisah..
ini sahabat gua...
aku harap sangat situasi sekarang berbeza
aku rindu..... sahabat...
aku ingat saat kitorang buat kerja-kerja gila
aku masih ingat lagi saat kitorang menangis sesame..
aku rindu.

masa berputarlah dan ubah segalanya!!!

sekarang semuanya dah berubah

nadz,
dia dekat, tapi jauh sangat~
kami selisih bila berjalan
tapi masing-masing tak tahu nak kata apa
kenapa??
rasa janggal wujud antara kami
aku dah tak nak jadi penghalang biarlah dia bahagia 
bersama sahabat yang baru..
aku sentiasa doa yang terbaik untuk dia
hati aku selalu nak kata 
" nadz..  sayang sangat dengan nadz.."
tapi semuanya hanya di hati........

faezah~
jauh tapi dekat
kami dipisahkan dengan halangan untuk belajar
tapi kitorang ni sentiasa contact
aku rindu saat dengan dia..
makan aiskrim, jalan2, buat kerja gila
itu cuma masa lalu
hati ak selalu nak kata 
" terima kasih terima seadanya......"

orang kata hati manusia ni mudah berubah
satu je gua nak pesan 
" sahabat tu hadiah paling mahal di dunia yang tak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit "
so jangan la nak membazir dengan memebeli sahabat korang tu
diorang datang sekali je dalam hidup kita
FAHAM?!



P/S: aku perlu mencari jalan untuk aku melihat siapa diri aku..
sahabat itu kurniaan tuhan... ilove you my best freind!!


Sunday, June 3, 2012

basikal oh basikal!!

Memang seronok bila sesekali dapat kayuh basikal
tapi tak seronok bila menyembah bumi hanya kerana basikal
basikal oh basikal.........

nampak sangat la tak pandai nak jage diri
 maaflah ye kepada sesiapa yang berpesan
"**** jaga diri ye"
"s*** take care i love you"
hancur semua harapan aku untuk scoop aiskrim
ceritanye begini~

penatnye hari ini
pulang daripada kerja
letih~ lappy la jawabnye " oh sayangku"
pandang kanan pandang kiri
semua sedang melayan mimpi
mengantuknye..........
jam baru 6.05 petang..
turun dari rumah..
terpandang la basikal kesayangan adik aku
hati membuak nak kayuh basikal
maklumlah bila dah study ni
dah takde mase lagi nak naik basikal
time cuti ni lah nak manfaatkan segalanye

aku pun pergi lah jambatan dengan basikal tu
melihat keindahan alam sambil lepaskan lelah
wah cantiknye ciptaan allah ni
kayuh basikal menuju ke rumah nenekku
mengantuk sangat
layan la kepala yang dah megantuk giler ni
terfikir
'kalau aku jatuh basikal mesti luka teruk ni'

aku cerita la dengan nenek kesayangan aku
aku cakap aku mengantuk
dia suruh aku balik
aku pun tak nak la jadi cucu yang derhaka
aku dengan semangat nak tidur ni pun mengayuh basikal
dengan satu tujuan nak sampai rumah dengan cepat

the moment arrived!!
aku kayuh basikal dengan sangat laju
basikal adik aku ni brek pun dah tak berfungsi
aku nampak ade satu motor ni potong aku dari belakang
aku mengantuk sangat
aku rasa ku berkhayal
aku teringat dengan Mr. A
basikal aku kayuh dengan laju. laju. laju!!!
PRAK!!!!!!!!!!!! BUUUMMMMM!!!!!
rantai basikal adik aku putus
aku dah tak dapat nak kawal basikal aku
aku jatuh dalam keadaan khayal dengan Mr.A
aku nampak basikal tu hempap aku
aku bangun dengan kudrat yang ada
aku tolak basikal adik yang dah hancur
handle depan haha.. tak dapat nak describe
weyh... tangan aku berdarah
weyh... kaki aku berdarah
weyh... bahu aku sakit sangat
weyh.. kuku kaki aku....
baju aku dah penuh darah..
sakit! sakit! sakit!

sikit je nie... tak sakit pun...

basikal oh basikal.....
jiran aku pun tanye... " sakit jatuh basikal?"
soalan jenis ape yang dia tanye tu??
dia nampak aku jatuh bukan nak tolong
tolong gelak ye lah...
aku rase nak hempuk basikal aku kat dia
aku jalan kaki sampai rumah aku campak basikal tu
b*****t punye basikal

basikal oh basikal......

p/s : jangan memandu bila anda mengantuk plus jangan berkhayal " sentiasa ingat orang tersayang" quote tu tak boleh pakai! sebab ingat orang tersayang la aku jadi macam tu...

Sunday, May 13, 2012

tomato aku.. :)

yes! aku dapat apa yang aku nak
yey! yey! tak sabar nak enjoy makan tomato
i'm tomato lover.....
cuci tomato, asingkan tomato, then makan tomato
everything is about tomato..
aku bagi tomato aku silalah makan ye
jangan nak buang pulak
aku tak berapa nak gemar orang buang tomato aku
tomato aku sangat berharga
tomato aku sangat sedap
sedih bila ada orang kata tomato aku rasa pelik
akulah pembawa budaya makan tomato
kakak-kakak aku pun dah jadi
tomato lover...

inilah tomato kegemaran aku 

first time aku makan tomato ni aku muntah kat tepi jalan
maklumlah selalu ibu masak tomato tu before makan 
tapi time tu kitorang semua makan mentah 
kawan aku la yang bertanggungjawab atas semua ni
dia paksa aku..
tapi thanks la kawan  sebab kau
aku dapat khasiat tomato sampai sekarang
masa tu aku ikut trip pergi cameron highland
geli giler aku tengok aku punya muntah warna merah
haha.... geli~ 
*cantik muntah aku.. haha.
lepas tu aku pun tak tahu kenapa aku jadi suka sangat dengan tomato
walaupun starting aku makan tomato tu agak menggelikan


p/s: tomato baik untuk kesihatan dan kulit
     jom pakat makan tomato...

Saturday, May 12, 2012

sayangku??

aku benci engkau
aku benci bila jantung aku degup kencang tanpa sebab
aku benci bila aku nampak engkau
aku benci bila tangan aku menggigil sebab nampak engkau
aku benci bila aku jadi gugup bila cakap dengan engkau
aku benci bila aku susah nak nafas bila kau depan mata
aku benci bila asyik nak pandang engkau
aku tak mengarti apa yang aku rasa
aku tak boleh lupa bila engkau senyum
cukup untuk buat aku gelak sepanjang hari
cukup untuk aku lupa segala masalah yang ada
cukup untuk buat aku rasa dunia ni aku punya
aku sayang engkau sangat
sampai cukup untuk aku rasa aku benci rasa ni...
dalam ramai-ramai kenapa engkau?
satu-satunya manusia yang boleh buat aku jadi gila
apa yang aku rasa sekarang ni??

mengapa engkau merobek ketenangan jiwaku??


p/s: i'm in love with you... always. 

aku, mama, and kakak-kakak

gembira, sayu, sedih, padih
jiwa aku terbalenggu oleh segala perasaan ini
hari ini semua,, mungkin memori terakhir kita bersama
keluar shopping, makan.. seronoknya!
pon! pon!
kenapa dengan kereta tu?
alamak kita salah masuk lorong la
mama drive kereta menakutkan aku
macam on the way nak pergi masuk gaung je
salah lorong la.. nyawa aku pada tangan kau sekarang ni
cuak giler.. sumpah.
buruk giler kereta sewa ni, panas kot..
eh demand pula aku
dah kira beruntung la kita dapat keluar naik kereta
but everything seem to be very happy
i think i love them... maybe..
my kakak-kakak.. my mama..

p/s: i enjoy the moment to find the toilet.. hehe.

Cerita aku!!

PERINGATAN!
blog ini mungkin mengandungi unsur-unsur yang mungkin menyebabkan jantung anda terhenti seketika
tarik nafas sehabis yang mungkin, tahan dalam kiraan 7,6,5,4,3,2,1,
kentuttttttttttttttttttt.............
blong ini akan mengisahkan tentang hidup aku, kawan aku, family aku, dan sesiapa yang terbabit dalam
cerita aku.
ini hanya sekadar pekongsian kisah hidup
mungkin sebagai pengajaran untuk korang dan diri aku
sesiapa yang terasa semasa membaca blog aku
maaflah ye, ini semua pandangan aku seorang dan tidak melibatkan orang lain

HARAPAN :)
aku harap aku dapat la sentiasa update blog aku ni
almaklumlah hidup ni sentiasa busy
busy sane, busy sini, busy situ.. so faham-faham lah ye.
kepada korang yang sudi baca cerita aku ini
i hope u enjoy la ye...

p/s: " jom kita enjoy !"

Thursday, May 3, 2012

enjoy your life please

when life give you a cake then eat it!!
enjoy your life.. 
i woke up early in the morning~
smile~smile~smile~
"yesterday is a history,
today is reality,
tomorrow is a mystery"